BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

8.7.11

Surat Hawa untuk Adam

ADAM
Adam,,,
Maafkan aku andai coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku,,,
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam,,,Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,,,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku,tapi,,aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu, aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu, namun,,terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam,,,
Aku tahu dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah penguasa terhadap kaum wanita, kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tetap tinggal di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi,,realitinya kini,Hawa telah lebih dari yang sepatutnya...
Adam,,,
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru. Itu sudah tentu katamu, aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur  tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang sudah tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam,,,
Marahkah kau jika aku katakan jika Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa ?
Kenapa begitu ADAM? Ya, ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tidak pandai didik, jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar. Adam ,kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.
Adam,,,
Seharusnya kau tanya dirimu apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Rasulullah SAW terhadap isteri-isterinya?Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam,,,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku, jika kau lalai,maka lalailah aku. Kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan,nafsumu satu. Aku ,,,akalku satu,nafsuku beribu. Dari itu Adam,,pimpinlah tanganku,kerana aku sering lupa, lalai dan alpa. Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,,,
Andainya kau masih lalai dan lupa dengan karenahmu sendiri, masih enggan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam,,seandainya warkah yang ku layangkan menimbulkan amarah di dadamu...jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu...
Tetapi percayalah,,,bukan emas yang ku cari,bukan berlian yang ku pinta,
tetapi,,,hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu Adam,,
Dengarlah,,,keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari,
Hawa

 



12.10.10

Have I told you...


Have  I told you yet...
How much you mean to me...
 Have I told you yet...
About all the happiness you bring!
 Have I told you yet...
 That you mean the world to me!
Just in case I haven't...
I want you to know that...
you're the best thing
that's ever happened to me!
 I Love You





11.10.10

Miracle of Live